Home » Teori Sosial Moden Islam by Kassim Ahmad
Teori Sosial Moden Islam Kassim Ahmad

Teori Sosial Moden Islam

Kassim Ahmad

Published 1984
ISBN :
210 pages
Enter the sum

 About the Book 

Kassim Ahmad, berkelulusan Sarjana Sastera, kaya pengalaman dalam bidang penulisan, pendidikan dan pengkajian. Pernah menjadi pensyarah di University of London setelah berhenti bertugas di DBP sebagai pegawai penyelidik. Pada tahun 1977, setelah 20 tahun mengembara mencari sesuatu falsafah sosial islam yang boleh memuaskan hatinya, beliau menulis sebuah risalah dengan tajuk Masalah Teori Sosial Moden Islam yang kemudian menjadi kontroversial. Risalah inilah yang menjadi dasar buku Teori Moden Sosial Islam ini.Kajian mendalam mengikut kaedah saintifik dilakukan, di samping penulis turut memperhitungkan berbagai kritikan berbagai golongan terhadap risalah kontroversial itu. Penyataan dan kenyataan penting dalam buku ini dilengkapi dengan sumber dan alasan, walaupun pada hakikatnya tidak semua sumber dan alasan itu dapat menepati kaedah saintifik semua orang. Adalah fitrah para intelek bebas-manusia-untuk berbeza pendapat. Sebab, pendapat yang berbeza itu perlu untuk perkembangan dan kemajuan.buku yang memuatkan idea penulis terhadap teori sosial moden islam amat berguna bagi segenap lapisan masyarakat, terutama bagi mereka yang kurang arif tentang islam dari segi sejarah dan falsafahnya.